Saturday, March 7, 2009

PESANAN DARIPADA TUK GURU YANG TERAGUNG A.SAMAD SAID.


"Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.
"Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu 'bahasa undi' (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu," tegasnya
"Dia (Umno) selalu memperkecilkan angkatan (generasi) muda. Angkatan tua biasanya sudah bersikap jika dia Umno tetap akan Umno, jika syahdunya PAS dia akan tetap dengan PAS."Kuasa imbangan yang terbesar sekarang adalah ditangan anak-anak muda dan janganlah lupa menggunakan kuasa (pilihan raya) itu untuk menentukan masa depan bangsa dan bahasa," ujarnya.
"Kenapakah pemimpin (Umno-BN) kita telah melakukan satu jenayah dengan melanggar Akta Pendidikan dan melanggar Perlembagaan yang mensucikan bahasanya."Sekarang tahun 2009, perlanggaran itu berterusan. Apakah orang seperti saya yang membantah PPSMI kerana tidak mahu kemajuan.
"Saya telah berusia 76 tahun dan saya telah menulis sepanjang lebih 50 tahun dan menghasilkan 65 buah buku khazanah untuk bangsa saya,"jelasnya.
"Kita (Melayu) sudah kepupusan huruf (jawi) dan kita sudah hilang Utusan Melayu oleh kerana kepupusan huruf."Kita (Melayu) hilang kitab-kitab jawi dan tidak lama lagi dalam lima dekad kita akan hilang bahasa kita (Melayu) sendiri," jelasnya.

###########################################################

Bahasa jiwa bangsa,

Mati bahasa mati bangsa,

Cilabai bahasa cilabai jiwa,

Khianat bahasa masuk neraka,

Biar hilang nyawa jangan hilang bahasa,

Tahan sampai titik terakhir darah.

HIDUP TUK GURU
HIDUP MyRAF

吾说八道

3 comments:

吾说八道Rukun Lapan said...

马来人有 A. Samab Saib 老师,
华人有林连玉老师。

槟州马青丹绒区团 said...

哥...借此祝你生日快乐,步步高升

吾说八道Rukun Lapan said...

谢谢您。