Saturday, March 28, 2009

Blog pro Pakatan vs blog pro kerajaan


Pelbagai blog pro kerajaan yang wujud, yang secara melampau menyerang hingga membawa kepada sesuatu yang bersifat menghasut untuk membunuh atau mencelakakan kehidupan seseorang adalah memberi kebaikan atau faedah kepada blog-blog pembangkang. Mereka ini seolah-olah memberi peluru untuk ditembak kepada mereka balik.
Tetapi kita tidak boleh menolak semua ini, kerana pada masa yang sama ada segelintir daripada blog pro pakatan yang tidak berhujah secara rasional, hanya memaki hamun dan sumpah seranah.
“Hei, macam mana dia tak serang kita macam tu? Dah kita ada yang hina dia.”
Terbaru YB. Drs. Khalil Idham Lim Abdullah telah membuat laporan polis berhubung dengan suatu posting blog yang bertajuk “Kill Nizar” dan lain-lain lagi unsur-unsur kebencian terhadap DS Ir Nizar. Selain itu terdapat gambar di blog tersebut yang menyamakan DS Nizar dengan seekor anjing.
Ya, blog-blog pro kerajaan ini sebenarnya telah banyak memberi faedah kepada pihak pembangkang, ia mudah – anda buat sesuatu yang dibenci orang maka sudah tentulah orang lain akan membenci anda, itulah sebabnya politik kebencian ini, yang cuba bermain dengan sentimen kebencian orang ramai, perlu ditolak.
Sama ada benih kebencian itu disemaikan oleh pihak kerajaan atau pihak pembangkang (dalam konteks negara ini Pakatan Rakyat), kita sebagai rakyat adalah penilai. Secara jujurnya saya tidak suka akan politik memaki hamun dan sumpah seranah tanpa berpijak pada asas yang kukuh.
Seperti blog yang dilaporkan kepada polis oleh YB. Khalil Idham, saya berpeluang pergi ke blog tersebut dan mendapati apa yang terkandung di dalam blog itu amat melampau, teruk, dan lucah. Pakatan Rakyat atau sesiapa yang bersimpati kepada mereka yang masuk ke blog berkenaan sudah pasti akan loya, termuntah atau lain-lain aksi yang mual.
Tetapi keadaan ini tidak dimanfaatkan oleh blogger pro Pakatan Rakyat mereka seakan-akan meniru perlakuan yang dipamerkan oleh blogger pro kerajaan.
Dan perkara ini akan jadi lebih rumit lagi apabila blogger pro kerajaan pula mendakwa bahawa mereka cuma mahu membalas apa yang blogger pro pakatan Rakyat.
Akhirnya perang hujah antara ayam atau telur! Tak tahu yang mana wujud dulu.
Sayangnya, apabila kedua-dua jenis bloggers ini mendakwa merekalah yang mendaulatkan hukum tuhan, mendaulatkan sultan dan mendaulatkan undang-undang tetapi pada masa yang sama merekalah pendaulat rasa amarah mereka, mencaci-maki dan menghamburkan kata-kata kesat sumpah seranah.
Cuma satu sahaja seruan kepada semua bloggers, baik yang pro kerajaan atau blogger yang pro Pakatan cubalah berhujah dengan sesuatu yang mempunyai asas, rasional dan tidak tertakluk kepada emosi semata.
By SM

3 comments:

啊利 said...

同意!

“ cubalah berhujah dengan sesuatu yang mempunyai asas, rasional dan tidak tertakluk kepada emosi semata. ”

努力學習中。雖然難,但也盡可能別當偏激份子。

請問作者SM是您嗎?
我轉貼了這文章在blog裏,不知可否?

吾说八道Rukun Lapan said...

作者不是我,是Sam Ahmad. 我是偷偷的。。。。。准证嘛!申请中。

啊利 said...

汗,我已經貼了。