| Saidah Hairan Wed | Apr 29, 09 | 12:20:48 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 29 April (Hrkh) - Lajnah Dakwah dan Pembelaan Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyeru seluruh umat Islam hadir dalam perhimpunan membantah keputusan kabinet berkaitan isu akidah umat Islam. Pengerusinya, Ustaz Ridwan Mohd Noor berkata, demonstrasi itu akan diadakan di perkarangan masjid kampung Baru selepas menunaikan solat Jumaat, 1 Mei. Kabinet Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan. Keputusan kabinet Najib itu dibuat berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40. Mengulas keputusan itu, Ridwan mendesak supaya Najib mengkaji semula keputusan itu berdasarkan beberapa kes yang telah berlaku dinegera ini. "Sudah tentu keputusan itu Umno mahu menarik sokongan daripada pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya akan datang," tegasnya. Beliau berkata, keputusan itu akan memberi satu implikasi dan intikasi yang buruk pada masa depan umat Islam di negara ini. Menurut beliau, himpunan 1 Mei itu mengajak seluruh rakyat Islam untuk menyatakan sikap mereka dan bukti kasih sayang kepada agama Islam. "Jika tahun 1950 isu Natrah yang telah dimurtadkan melalui proses undang-undang pada hari ini kes itu berulang. Himpunan membantah isu Natrah itu juga telah berjaya menyatukan umat Islam tanpa mengira etnik," katanya. Selain itu tambah beliau, ada usaha terancang untuk menjayakan misi permurtadan umat Islam di negara ini kerana kes itu telah berjalan lama. Beliau berharap Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40 bertanggungjawab menyelamatkan akidah anak-anak dan isterinya. "Dalam Islam hak membela anak diberikan kepada bapa yang beragama Islam begitu juga jika ibu yang memelok Islam," tegasnya. _ |
Wednesday, April 29, 2009
回教党的尾巴跑出来了。回教党太可怕了,这样简单的道理都理不清。
Perhimpunan membantah keputusan kabinet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
驳 斥 廖 中 莱 对 团 结 方 案 不 知 情 翁 诗 杰 :当 天 午 餐 会 议 已 解 释 翁廖双方继续对“大团结方案”各执一词,尽管马华署理总会长廖中莱声称对“大团结方案”内容事先毫不知情,但是该党总会长翁诗杰却反驳说,自己早已向党领袖解释方案的重点。 翁诗杰也揭露,...
-
尽管雪州政府较早前曾放话可能不会接受其提名,但是涉及支持信风波而被行动党开除出党的前巴生市议员郑文福,今早还是成功提名班达马兰村长选举,掀起 6 角战。 这也是继仁嘉隆新村和吉胆岛新村之后,雪州政府所举行的第三场华人新村村长的选举。由于班达马兰新村是郑文福(右图)的老巢,再加上他...
No comments:
Post a Comment