Aku sebenarnya pelik…. mengapa kes Kartika ini dijadikan isu yang besar. Sebenarnya isu nya biasa saja…. seorang wanita muslim ditangkap kerana minum arak dan setelah dihadapkan ke Mahkamah Syariah, dia mengaku salah dan menerima hukuman yang dijatuhkan ke atasnya dengan hati yang rela. Hukuman yang dikenakan ke atasnya ialah denda RM5000…. dia bayar, dan sebat sebanyak 6 kali…. dia redha. Ini adalah selaras dengan hukuman yang termaktub dalam undang-undang Islam bagi kesalahan minum arak. Inilah juga yang termaktub dalam Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat resan Melayu Pahang. Rujuk keterangan di bawah:
Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 1987)
Prosedur untuk menjalankan hukuman sebat di Negeri Pahang ada dinyata dan diperincikan secara jelas melalui Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 melalui Seksyen 125 dan 126 Enakmen itu.
Antara lain seksyen ini menyebut :-
* Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
* Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.
* Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan.
* Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.
* Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
* Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan disebat dalam keadaan duduk
* Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
* Pegawai Perubatan Kerajaan akan memperakukan samada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.
Sekarang….. mengapa ramai sangat yang sibuk-sibuk menyuruh dia membuat rayuan bagi mengelakkan hukuman sebat itu dilaksanakan. Shahrizat menyibuk…… PM Satu Malaysia pun menyibuk dan NGO-NGO hak asasi manusia serta NGO -NGO yang memperjuangkan hak wanita, turut sibuk menentang hukuman sebat yang dikenakan ke atas Kartika.
Kalau dikaji betul-betul, hukuman sebat mengikut cara Islam tidaklah teruk sangat. Ia sebenarnya amat ringan berbanding hukuman sebat yang dilaksanakan di penjara Malaysia. Sesetengah NGO, beranggapan hukuman tersebut akan menjatuhkan maruah wanita itu. Tetapi… wanita yang redha menerima hukuman bagi kesalahan yang dilakukannya adalah lebih bermaruah. Dia akan lebih dihormati dengan tindakannya itu. Di samping memartabatkan agamanya, dia juga menjaga maruah agamanya. Dengan itu, Islam akan lebih dihormati.
Persoalannya sekarang….. bagaimana pula dengan hak Kartika yang mahu dirinya menjalani hukuman tersebut. Dia juga ada hak untuk menyatakan pendiriannya. Jika dia sendiri redha dengan hukuman tersebut…. mengapa pula ada suara-suara yang menentang keinginannya itu.
Lainlah sekiranya Kartika tidak redha dan mahu membuat rayuan tetapi rayuannya ditolak dan dia terpaksa menjalani hukuman sebat tersebut dengan hati yang tidak redha. Itu sudah lain cerita. Masa itu…. sekiranya ada pihak yang membantah, mungkin mereka ada sebab untuk mempertahankan Kartika.
Tidakkah mereka terfikir… yang Kartika mungkin lebih rela menjalani hukuman di dunia daripada menerima azab yang lebih dahsyat di akhirat nanti. Sebagai seorang Islam, dia juga patut diberi hak untuk memilih. Dan…. jelas, dia telah membuat pilihan dengan tidak mahu membuat rayuan serta minta pula dirinya disebat di khalayak ramai. Pendirian Kartika ini sepatutnya dihormati. Pendirian Kartika dan keluarganya sebenarnya memartabatkan hukum Islam dan kita patut hormat dan salute mereka kerana itu.
Malangnya…. ada pulak pihak yang mengaku diri mereka Islam tetapi takut dengan pendirian yang diambil oleh Kartika. Mengapa agaknya ya?? Apa sebenar yang mereka gusar dan takutkan???
Apakah hukuman yang bakal dijalani oleh Kartika akan merosakkan imej negara di mata dunia?? Bagaimana imej negara boleh rosak?? Ai… bukankah Malaysia sebuah negara Islam?? Jadi….. mengapa perlu kecoh dan gusar dengan perlaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika, seorang rakyat Malaysia yang beragama Islam…. yang meredhakan hukuman tersebut. Ini urusan orang Islam…. mengapa pula ada pihak, baik yang Islam mau pun yang bukan Islam bimbang sangat dengan perlaksanaan hukuman tersebut?? Apa muslihat mereka sebenarnya???
Well…. I know and I think, you all pun tau sebabnya. Apa-apa pun…. kita tengok perkembangan serta reaksi mereka seterusnya……
Aug 26th, 2009 By webmaster
No comments:
Post a Comment