Tuesday, August 11, 2009

Seorang Muslim yang tidak layak jadi muslim

Hak istimewa orang Melayu dan bumiputera makin terhakis, bukan kerana dirampas oleh kaum lain tetapi diseleweng oleh bangsa sendiri melalui pengaruh politik regim. Regim ini menggunakan istilah hak bumiputera atau dasar ekonomi baru telah mengaut keuntungan bagi pihak mereka dan keluarga serta kroni mereka atas nama kuota Melayu sedangkan majoriti Melayu masih susah dan melarat. Memang yang kaya melayu tetapi yang kaya sangat kaya dan yang majoriti masih payah dibawah sini. Selepas menjina orang melayu, regim ini sekarang pula menyalahgunakan nama Tuhan demi kepentingan diri sendiri untuk tujuan tersebunyi. Tuhan yang maha kuasa tidak akan membiarkan penkianat itu bermaharajalera.

Lebih baik kita hayati 7 wasiat Rasulullah SAW daripada membuang masa untuk Seorang Muslim yang tidak layak jadi muslim:

Dari Abu Dzar ia berkata: "Kekasihku(Rasulullah SAW) berwasiat kepadaku dengan tujuh hal:

(1)Supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka
(2)Baginda memerintahku agar aku melihat orang-orang di bawahku dan tidak melihat orang yang berada di atasku
(3)Baginda memerintahkan agar aku menyambung silaturahim dengan karib kerabat meski mereka berlaku kasar kepadaku
(4)Aku diperintahkan agar memperbanyak ucapan La haula walaa quwwata illa billah
(5)Aku dipreintahkan untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit
(6)Baginda berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah
(7)Baginda melarang aku agar aku tidak meminta-minta sesuatu kepada manusia."
Tuhan Maha Tahu, Tapi Dia Menunggu

No comments: